Sabtu, 11 Julai 2009


Doa Kami Yang Tidak Sakit

Ya Allah,
Syukur kerana kami sihat
bolehlah kami ke laut
memancing ikan
biar ombak besar
dingin angin malam
bolehlah kami menoreh
batang getah keringdi hujung kampung
selepas subuh itu
bolehlah kami berkerja
menampung sementara
ada kehidupan yang Kau
berikan
bolehlah kami mengais
mencari rezekibuat anak isteri
danbuat pak menteri
yang makan gaji dengan wang kami!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan