Rabu, 29 Februari 2012

Alam Kubur

Malam pertama....
Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam Kubur
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang
selain darimu?

Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan? Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh.

Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.

"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu.

Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita,lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur,
segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir.

Itukah yang kita mahukan?
Pastinya tidak bukan?

Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi Malam Pertama Di Alam Kubur!

Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:

"Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.."

Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.

"Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meski hanya sedetik. Ia biasa datang menyerap dengan tiba-tiba. Ia misteri. Kerananya setiap orang semestinya selalu siap. Dan tentu, husnul khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mencapai itu, harus melalui jalan syari'at dengan menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah Ta'ala. Tanpanya, husnul khatimah itu nihil. Bukankah, perahu tak akan berjalan di daratan?

Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta dan sejuta asa, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.

(Dipetik dari buku Malam Pertama Di Alam Kubur karya Dr Aidh Abdullah Al-Qarni: Buku yang sedang dibaca)

Semalam saya berpeluang untuk mendengar kuliah di Surau Jenaris. Kuliah yang berkisar tentang pengajian hadith, Kitab Bulughul Maram yang menyentuh topik puasa. Ia sungguh membuka minda. Ustaz meminta para jamaah membersihkan diri dari sebarang dosa sebagai persediaan untuk menghadapi ramadhan dan saat kematian. Ustaz memberitahu para sahabat baginda Nabi Muhammad SAW amat gembira menantikan kehadiran ramadhan terutama di sepuluh hari terakhir ramadhan sehingga mereka meminta izin kepada isteri – isteri mereka untuk bersama – sama baginda mengabdikan diri pada Allah SWT.

Jika dibandingkan dengan manusia hari ini, sepuluh hari terakhir Ramadahan dijadikan hari berpesta untuk membeli belah sehingga sanggup meninggalkan ibadat dimasjid – masjid dan surau. Semoga kehadiran ramadhan kali ini meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada Allah SWT dan memberikan impak positif yang berpanjangan dalam kehidupan.

Khamis, 25 Mac 2010

Syurga Neraka

Salam.
Sabda Rasulullah saw (mafhum):`Dunia itu adalah laksana syurga bagi org kafir, tetapi ibarat penjara bagi org-org yg beriman.'(MUSLIM)

Tak da satu pun pantang larang di dalam syurga bagi penghuninya. Apa yg mereka inginkan semuanya disediakan ALLAH. Begitulah dunia bagi si kafir. Nak makan apa, telan lah. Dari biawak di pokok kelapa, sampai babi di hutan. Nak pakai apa, pakailah, sampai juling biji mata menengoknya. Nak berjudi, makan riba, rasuah, sapu semua, sebab dunia adalah syurga bagi si kafir.Bagi org beriman, kena berlakun menjadi 'banduan' di dunia.Seorang banduan di penjara diikat dgn segala peraturan, bermula dari makan-minum, bersukan, sampailah kpd berpakaian, semuanya ditentukan oleh pihak penjara.Tak boleh sesuka hati mereka nak makan apa saja, nak berpakaian mengikut kehendak hati mereka.Mereka mesti patuh kpd undang-undang penjara.Begitulah org-org beriman. Mesti patuh kpd tuan punya alam ini, ALLAH SWT. Segala peraturan yg telah ditetapkan melalui RasulNya, adalah satu kemestian yg tidak boleh disanggah. Menyanggahnya, bererti, menempah tiket ke neraka!

Hayati

Salam.
Dalam 2,3 hari ni aku mendapat ilmu yang sememangnya aku tahu dari dulu tapi kepala ni macam tak berapa nak masuk. Kengkadang pelik juga ilmu Allah ni. Cuba kita baca semula buku yang pernah kita baca sebelum ni. Kefahaman kita akan berbeza atau bertambah mungkin, bila kita baca pada bab atau ayat yang sama.Atau mungkin Tuhan nak menunjukkan sesuatu pada kita, wallahualam. Semasa aku menonton Bicara Mufti di TV1 , Mufti tu cerita pasal bagaimana syaitan yang memang tak letih2 nak memesongkan kita di jalan yang benar. Aduh! kat jalan yang benar pun dia buat onar lagi! Letih...letih....kita yang letih. Kalau kita ni orang yang sembahyang, dia dah tak goda jgn sembahyang tapi disuruhnya kita melewat2kan sembahyang. Belum lagi masa kita sembahyang....masa tu lah teringat kain kat jemuranlah, nasi tak tanak lah, nak tulis apa kat blog hari ni lah dan seribu satu macam lagi. Kalau kita dah tutup aurat, disuruh nya kita melawa2. Pakai baju ikut bentuk badanlah, pakai baju warna-warnilah. Pakai make-uplah dan macam2 lagi. Tak caya cuba tengok model2 yang pakai tudung tu. Majalah dah cukup bagus dah...pedoman untuk wanita solehah lagi. Habis tu camner? Pergi masjid dah betul dah, tapi ada yang pergi ke masjid semata2 malu sebab dah ada title Haji, malu apa orang kata. Belum lagi bab sedekah, ikhlas ker?Hari ni keluar bab khurafat kat TV9. Manusia ni memang makhluk yang berhajat. Tak habis2 hajatnya. Yang sakit nak sihat, yang miskin nak kaya, yang gemuk nak kurus! (Akulah tu...hehehe) Dalam pada setiap usaha itu, nampak macam betul tapi ada yang terpesong nya. Ada yang nak cantik bagi suami sayang, siap pantun dengan seruan berkat la Ilah haillAllah Muhammadur rasullullah lagi. Syaratnya wajib baca Quran dan sembahyang tidak boleh di tinggalkan. Dah bagus dah tu...tapi bagaimana dengan niat baca Quran dan sembahyang itu, kerana nak cantik ker (sebab syarat2 yang kena penuhi) atau kerana Allah? Aduh...mudahnya kita terpedaya! Sekarang ni pun banyak juga e-mail berantai. Nasihatnya dah cukup baik, tapi kat hujung2 nya ada amaran kalau tidak disampaikan kepada orang lain. Lepas tu sibuklah kita memanjangkan pada orang lain kerana takut. Takut lagi kat e-mail tu dari Allah sendiri. Amaran Allah dalam Quran tu tak takut pun. Mudahnya akidah kita di pesongkan ...habis tu camner? Semoga Allah memberi taufik dan hidayahNya kepada kita semua. Berdoalah kita agar di matikan didalam iman. Amin.

Jumaat, 31 Julai 2009

Baca

Bacalah
Bacalah... bacalah... bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan, begitulah Allah memerintahkan melalui malaikat Jibril, agar Rasulullah SAW, yang tidak dapat baca serta tulis tersebut membaca, bahkan di gua hiro tersebut tidak ada buku ataupun tulisan satupun.
Masalah membaca ini mirip dengan ceritera akhir jaman, orang muslim dapat mengenali dajjal dengan membaca tulisan yang ada di kening masihi dajjal tersebut, walaupun orang muslim tersebut tidak dapat membaca maupun menulis, jangankan orang yang benar-benar tidak bisa baca-tulis, yang dapat membaca tulisan bahasa indonesia saja belum tentu dapat membaca tulisan bahasa dari lain bangsa, oleh karenanya arti membaca disini mempunyai arti membaca kelakuan, perbuatan ataupun cara berfikirnya atau pola berfikir dari masihi dajjal beserta para pengikutnya, pengikut disini dapat juga diartikan sebagai mengikuti cara hidup, gaya hidup maupun pola hidup.

Orang muslim yang mempergunakan pola hidup islami, tentu saja akan dapat melihat ataupun membaca pola hidup kafaro, yang dipergunakan oleh para pengikut masihi dajjal tersebut.

Kembali kepada soal membaca atau iqro di awal surat Al 'Alaq, dikarenakan diperintahkan membaca dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan, maka ini berkaitan dengan masalah ciptaan serta penciptanya.

Salah satu cara kita mengenal Pencipta tentulah dengan cara mengamati, meneliti serta menghayati apa yang diciptakanNya.

Bila kita sudah tahu siapa yang Menciptakan segala sesuatu, maka seharusnya setiap kali kita melihat atupun memikirkan suatu ciptaan, kita akan teringat kepada Penciptanya.

Oleh karena itu bila kita melihat segala sesuatu ciptaan Allah, seharusnya kita teringat kepada Allah yang menciptakan segala sesuatu tersebut, sebaliknya bila hal tersebut tidak mengingatkan kita kepada Allah, berarti kita manusia makhluk yang pelupa ini sedang hanyut terlena oleh dunia dan sedang melupakan Allah Tuhannya Pencipta semesta alam, yang juga Pencipta kita semua.

Saat kita melihat ataupun membaca segala sesuatu di alam semesta ini lalu kita teringat kepada Allah, maka tentu kita akan bertasbih mensucikan Allah, sebab itu benarlah berita bahwa seluruh benda di Alam semesta ini senantiasa bertasbih memuji Allah, dikarenakan saat kita memikirkan sesuatu tersebut maka sesuatu tersebut akan bertasbih kepada Allah melalui mulut kita.

Sekarang kiranya dapatlah kita perkirakan bahwa segala sesuatu di alam semesta ini bertasbih "Subhanallah" atau Maha Suci Allah, melalui mulut kita.

Seharusnya tasbih seluruh alam semesta tersebut dapat menjadikan kita orang yang bertasbih atau berdzikir pada saat berdiri, duduk serta tidur.

-=*=-

Rabu, 22 Julai 2009

Salam.


Berkata Imam Mujahid r.h.m.:


Sesungguhnya di neraka Jahannam itu ada beberapa perigi berisi ular-ular sebesar leher unta, ada kala sebesar keldai, maka larilah ahli neraka ke ular itu, maka bila tersentuh oleh bibirnya, langsung terkelupas rambut, kulit dan kuku, dan mereka tidak dapat selamat dari gigitan itu kecuali jika lari ke dalam neraka!.


Sabda Rasulullah saw:`Peliharalah dirimu dari api neraka, walau dgn hanya bersedeqah sebiji buah tamar.'(Muslim).
Salam.

Berkata Imam Mujahid r.h.m.:

Sesungguhnya di neraka Jahannam itu ada beberapa perigi berisi ular-ular sebesar leher unta, ada kala sebesar keldai, maka larilah ahli neraka ke ular itu, maka bila tersentuh oleh bibirnya, langsung terkelupas rambut, kulit dan kuku, dan mereka tidak dapat selamat dari gigitan itu kecuali jika lari ke dalam neraka!.

Sabda Rasulullah saw:`Peliharalah dirimu dari api neraka, walau dgn hanya bersedeqah sebiji buah tamar.'(Muslim).
Salam.
Telah berkata Abi Bakr r.h.:`
Barangsiapa masuk ke dalam kubur dgn tiada membawa bekal, maka ia seperti belayar di laut tanpa perahu.

'Dgn adanya kapal/bot, pelayaran menjadi mudah.

Ada kompas, ada radar, yg memudahkan navigasi kita di laut. Tahu ke mana hendak dituju.Tahu darat, pulau dan pelabuhan.

Belayar tanpa perahu? Meredah lautan dgn kudrat tubuh badan saja. Bayangkan, di tengah malam yg gelap, lautan yg luas, kita berenang merentasi laut, tanpa kompas, tanpa alat yg boleh membantu hala tuju kita.

Kita akan sesat, tak tau di mana utara selatan. Akhirnya keletihan, lemas dan tenggelam.

Mati! Jasad hilang, tak ditemui.......

Firman ALLAH (mafhum):`..............Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan...'HUD: 114Fastabiqul khoirat........