Khamis, 25 Mac 2010

Syurga Neraka

Salam.
Sabda Rasulullah saw (mafhum):`Dunia itu adalah laksana syurga bagi org kafir, tetapi ibarat penjara bagi org-org yg beriman.'(MUSLIM)

Tak da satu pun pantang larang di dalam syurga bagi penghuninya. Apa yg mereka inginkan semuanya disediakan ALLAH. Begitulah dunia bagi si kafir. Nak makan apa, telan lah. Dari biawak di pokok kelapa, sampai babi di hutan. Nak pakai apa, pakailah, sampai juling biji mata menengoknya. Nak berjudi, makan riba, rasuah, sapu semua, sebab dunia adalah syurga bagi si kafir.Bagi org beriman, kena berlakun menjadi 'banduan' di dunia.Seorang banduan di penjara diikat dgn segala peraturan, bermula dari makan-minum, bersukan, sampailah kpd berpakaian, semuanya ditentukan oleh pihak penjara.Tak boleh sesuka hati mereka nak makan apa saja, nak berpakaian mengikut kehendak hati mereka.Mereka mesti patuh kpd undang-undang penjara.Begitulah org-org beriman. Mesti patuh kpd tuan punya alam ini, ALLAH SWT. Segala peraturan yg telah ditetapkan melalui RasulNya, adalah satu kemestian yg tidak boleh disanggah. Menyanggahnya, bererti, menempah tiket ke neraka!

2 ulasan:

  1. Itulah kehidupan kekal abadi buat selama-lamanya. Senang atau susah tanggungan sendiri.

    BalasPadam